PENJUAL BANQUET BUNGA COKLAT BAJET

Nama Anita bt Misron
Umur : 43 tahun
Ahli 2017

Latar belakang

Anita bt Misron merupakan tenaga pengajar PDK Seri Panglima. Beliau dan pelajar-pelajar PDK Seri Panglima sering ke Pusat Internet bagi tujuan mempelajari ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau tidak berpeluang mempelajari asas ICT yang sempurna dan selain itu memasarkan produk beliau hanyalah kepada rakan dan kenalan yang terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan latihan ICT berterusan antara Pusat Internet dan PDK Seri Panglima, banyak ilmu ICT telah dipelajari beliau. Antaranya adalah E-Rezeki dan MYSHOP. Dengan adanya platform atas talian tersebut, beliau kini lebih mudah memasarkan produk beliau disamping dibantu oleh tenaga pengajar Pusat Internet.

PENJUAL CHOCRUNCHY

Nama Ain Nur Izzati bt Adnan
Umur : 18 tahun
Ahli 2016

Latar belakang

Ain Nur Izzati merupakan pelajar lepasan SPM yang sekarang sedang belajar di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau lebih focus menjual produk beliau dari mulut ke mulut dan hanya mendapat pelanggan daripada kenalan terdekat. Beliau tidak terdedah kepada kemudahan menjual produk atas talian kerana tidak mengetahui kaedah dan cara mengunakannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mempelajari E-Rezeki di Pusat Internet, beliau telah mengetahui pelbagai platform atas talian yang tersedia bagi meluaskan lagi produk beliau seperti Lazada dan MarketPlace Facebook.

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau lebih focus menjual produk beliau dari mulut ke mulut dan hanya mendapat pelanggan daripada kenalan terdekat. Beliau tidak terdedah kepada kemudahan menjual produk atas talian kerana tidak mengetahui kaedah dan cara mengunakannya.

PENGUMPUL KOLEKSI DUIT LAMA

Nama Mohamad Aiman Iskandar bin Mohd Daud
Umur : 16 tahun
Ahli 2016

Latar belakang

Aiman Iskandar merupakan pelajar di Sekolah Men Kebangsaan Agama Tun Raha (SMKA Tun Raha) di Simpang Lima, Selangor. Beliau berusia 16 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, beliau tidak tahu bagaimana untuk menjual beberapa wang syiling dan kertas lama. Beliau sebelum ini hanya mengumpul sehinggalah beliau bertanya kepada petugas PIM bagaimana cara untuk menjual barangan yang dimiliki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah mempelawa beliau untuk memasarkan produk beliau di My Shop. Selain itu juga, pihak Pusat Internet telah mengajar beliau untuk menjual di facebook. Beliau banyak menyertai kelas sebelum ini dan untuk kelas keusahawanan ini, beliau akan mengikuti bila ada masa yang terluang.

Kini, beliau aktif menggunakan medium media sosial untuk menjual beberapa wang lama dan barang lama meskipun pekerjaan yang beliau lakukan ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang sahaja.

Nama Mohd Nor Azam Bin Mashor
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Mohd Nor Azam merupakan seorang pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Seri Panglima). Beliau menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Azam merupakan seorang pelatih di PDK Seri Panglima. Beliau agak lemah dalam pelajaran dan langsung tidak tahu menggunakan komputer. Sejak Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 beroperasi, beliau bersama pelatih PDK yang lain telah hadir untuk menyertai pelbagai kelas yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pihak Pusat Internet Kg Tengahpeket 100 telah mengambil satu inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan pihak PDK Seri Panglima dengan melaksanakan kelas dan aktiviti secara berkala. Selain itu juga. Bagi Nor Azam, beliau telah mengambil inisiatif sendiri dengan datang ke Pusat Internet untuk belajar secara sendiri jika ada masa trlunag selain menyertai kelas yang dijalankan bersama PDK. Dengan kelas dan aktiviti yang beliau sertai, kini beliau sudah mampu menggunakan komputer dan IT seperti menggunakan Microsoft word, melayari youtube dan melayari internet. 

PENIAGAAN TERNAKAN KAMBING DAN PERKHIDMATAN AQIQAH

Nama Muhd Shafiq bin Abdul Samad
Umur : 26 tahun
Ahli 2018

Latar belakang

En. Shafiq merupakan seorang belia yang melakukan perniagaan ternakan kambing dan menyediakan perkhidmatan untuk aqiqah dan ibadah qurban. Selain itu juga, beliau turut menyediakan makanan kambing bakar untuk pelbagai majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, beliau menggunakan platform seperti whatapp dan facebook untuk memasarkan perniagaan yang beliau lakukan. Meskipun begitu, sambutan dari orang ramai agak kurang menggalakkan. Pada hujung tahun 2017, beliau telah dijemput oleh Pusat Internet Kg Tengah peket 100 untuk menyertai kelas asas media sosial. Dari situ, beliau telah hadir beberapa kali untuk belajar bagaimana cara memasarkan produk menggunakan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas terlibat dengan Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, terdapat peningkatan dari segi jualan yang beliau usahakan. Beliau juga memasarkan perniagaan beliau di dashboard komuniti.