BELAJAR KEMAHIRAN KOMPUTER DAN ASAS PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Nama | : Muhammad Najmuddin Bin Saidatul Hafiz |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar Belakang
Muhammad Najmuddin bin Mohd Saidatul Hafiz merupakan pelajar sekolah Kebangsaan Simpang Lima dan telah mengikuti pelbagai kelas ICT yang telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tengah Peket 100.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum ini, beliau agak kekok dalam mengendalikan komputer dan tidak mahir dalam tatacara penggunaan media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Petugas PEDi telah memberikan Latihan pembelajaran sepanjang masa dan beliau menerima pembelajaran tersebut sebagai ilmu baru.
USAHAWAN GUNTING RAMBUT HIPSTER
Nama | : Anuar Syukri bin Mohd Yunus |
Umur | : 36 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Encik Anuar merupakan usahawan Kg Tengah Peket 100 yang mengusahakan kedai gunting rambut di Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Encik Anuar tidak menggunakan platform media sosial seperti Facebook ataupun Dashboard Komuniti bagi mempromosikan kedai beliau. Beliau lebih kepada rekemen rakan-rakan setempat bagi menambah pendapatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sejak mengenali Pusat Internet Komuniti Kg Tengah Peket 100, pelbagai aktiviti pembelajaran ICT telah beliau pelajari seperti media sosial Facebook dan Myshop Dashboard Komuniti.
BELAJAR MENGENAL KOMPUTER DAN PENGGUNAAN INTERNET
Nama | :Muhammad Najwan Bin Saidatul Hafiz |
Umur | : 9 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Muhammad Najwan merupakan pelajar SK Simpang Lima yang telah lama belajar ICT di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum ini, beliau hanya mengunakan komputer bagi tujuan bermain “Games” dan tidak ada pengawasan akan pengunaan yang beretika. Beliau sering bermain permainan “Games” yang tidak sesuai dengan umur beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi pendedahan akan kepentingan ketika di media sosial di samping menjaga kesihataan daripada melayari komputer dengan lebih kerap.
USAHAWAN COOKIES SEJAK 1995
Nama | : Haniza bt Ibrahim |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Puan Haniza bt Ibrahim merupakan usahawan dengan produk Cookies yang telah dijalankan oleh keluarga sejak dari 1995 dan telah menapak di beberapa stesen minyak sekitar sungai besar dan sabak bernam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Puan Haniza seorang usahawan yang menumpukan produk jualan secara langsung melalui jualan di kedai-kedai stesen minyak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Petugas Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah membantu beliau dalam menerokai peluang mengembangkan perniagaan secara atas talian dan sedikit sebanyak mampu memberi peluang mempromosikan produk beliau secara percuma.
Latar belakang
Puan Haniza bt Ibrahim merupakan usahawan dengan produk Cookies yang telah dijalankan oleh keluarga sejak dari 1995 dan telah menapak di beberapa stesen minyak sekitar sungai besar dan sabak bernam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Puan Haniza seorang usahawan yang menumpukan produk jualan secara langsung melalui jualan di kedai-kedai stesen minyak.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Petugas Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah membantu beliau dalam menerokai peluang mengembangkan perniagaan secara atas talian dan sedikit sebanyak mampu memberi peluang mempromosikan produk beliau secara percuma.
MENJUAL HOMEMADE CHEESKUT
Nama | : Norsyawani bt Mohd Yusoff |
Umur | : 32 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Puan Norysawani bt Mohd Yusoff merupakan seorang surirumah yang telah membuat dan menjual Homemade Cheeskut sejak tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum ini, Puan Syawani tidak mempromosikan produk di Pusat Internet dan lebih focus kepada pelanggan sedia ada.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Petugas Pusat Internet telah memperkenalkan kepada Puan Syawani platform Myshop dimana beliau boleh menjual produk beliau atas talian dimana boleh dilihat oleh pelbagai masyarakat dan tidak fokus kepada pelanggan sedia ada.