Pekan Sungai Besar terletak di negeri Selangor Darul Ehsan dan berada dalam daerah Sabak Bernam, di antara Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 km dari utara Kuala Lumpur. Pekan Sungai Besar merupakan pekan terbesar di daerah Sabak Bernam, Selangor. Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat bandar daerah Sabak Bernam. Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam. Manakala, Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Sungai Besar yang hanya mengambil masa selama 5 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini terletak lebih kurang 120 kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki kereta dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38, Sabak Bernam ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 15 minit.
Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 dan 43% adalah dalam lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya, 73% terdiri dari Melayu, Cina (23%) dan India (3.5%). Majoriti penduduk Sungai Besar terdiri daripada kaum tani pengusaha industri kecil dan sederhana dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain berkebun kelapa kelapa sawit serta menangkap ikan dan perusahaan kerepek. Sungai Besar menjadi pusat pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis Daerah terletak di pekan Sungai Besar.
Sungai Besar semakin pesat membangun dari segi fizikal. Pekan Sungai Besar semakin berkembang menunjukkan kepesatan ekonomi para penduduknya. Sungai Besar merupakan salah satu dari 9 kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan perumahan, industri kecil dan sederhana, institusi-institusi pendidikan dan pertanian serta akuakultur. Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, pasar awam, rumah-rumah, stadium, sekolah-sekolah, stesen bas dan banyak lagi manakala pandang darat dari ciri fizikal ialah laut, pokok-pokok dan kawasan guna tanah. Disini juga terdapat banyak sekolah pengajian islam, antaranya Maahad Tahfiz Darul Quran.Maahad Tahfiz Al-Quran Wa Ummudahi dan Sek. Agama Rakyat Tahfiz Al-Quran Simpang 3.
Sejarah Kampung:
Kampung Simpang Lima diberi nama atas sebab ianya mempunyai lima simpang seperti yang terdapat di dalam logo kampung ini. Kampung ini telah dibuka pada tahun 1939 yang diketuai oleh Tuan Haji Joned yang berasal dari Bagan Datoh, Perak. Bersama-sama beliau ialah Tuan Haji Satar dan Tuan Haji Adnan.
Visi:
kampung ini harus berusaha untuk mewujudkan penduduk yang bertaqwa, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.
Misi:
Kampung ini sebagai sebuah masyarakat yang mengutamakan semangat kerja berpasukan (gotong-royong), berbudaya penyayang, ketulusan, kepekaan dan keperihatinan terhadap ahli masyarakat, bermesyuarah, berkomunikasi kearah meningkatkan ketaqwaan dan iltizam dengan menjadikan kerja sebagai satu ibadah.