SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET (PI)

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan

Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan akiviti yang dijalankan di Pusat Internet

Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah:

Pengenalan Asas Komputer

Asas Internet

Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

Desktop Publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

Latihan Keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 1 Ogos 2015.

Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

 

Ahli Baru Bulan Mei 2019

5

Jumlah Keseluruhan

1242

 

KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET KG TENGAH PEKET 100

Untuk menjadi petugas Pusat Internet, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami:

 

PENGURUS

Nama : NUR AISHAH NAZIHA BINTI IDROS SAIDI

Mula berkhidmat : 07SEPTEMBER 2018

No. Telefon : 013-5377875

 

PENOLONG PENGURUS

Nama : MOHAMAD SAIFUWAN BIN SUAAID

Mula berkhidmat : 17 APRIL 2015

No. Telefon : 017-9929344