Sejarah Kampung:

Kampung Simpang Lima diberi nama atas sebab ianya mempunyai lima simpang seperti yang terdapat di dalam logo kampung ini. Kampung ini telah dibuka pada tahun 1939 yang diketuai oleh Tuan Haji Joned yang berasal dari Bagan Datoh, Perak. Bersama-sama beliau ialah Tuan Haji Satar dan Tuan Haji Adnan.

 

Visi:

kampung ini harus berusaha untuk mewujudkan penduduk yang bertaqwa, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.

 

Misi:

Kampung ini sebagai sebuah masyarakat yang mengutamakan semangat kerja berpasukan (gotong-royong), berbudaya penyayang, ketulusan, kepekaan dan keperihatinan terhadap ahli masyarakat, bermesyuarah, berkomunikasi kearah meningkatkan ketaqwaan dan iltizam dengan menjadikan kerja sebagai satu ibadah.