PENIAGA KEREPEK KECIL-KECILAN

Nama Miskinah binti Sanduan
Umur 65 tahun
Ahli 2017

Latar belakang

Puan Miskinah merupakan peniaga kecil kecilan di Simpang Lima,Sungai Besar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Miskinah sebelum ini memasarkan kerepek buatan beliau di pasar atau kedai-kedai makan sahaja,beliau lebih fokus kepada penduduk setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas Pusat Internet di buka disini beliau telah menghantar kerepek beliau ke sini. atas tunjuk ajar dan pendedahan ICT dari tenaga pengajar Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, belaiu telah melibatkan diri dengan penjualan atas talian.

Myshop di Dashboard Komuniti telah banyak membantu memasarkan lagi kerepek beliau ke merata tempat. Dengan adanya kemudahan Myshop ini, mampu sedikit sebanyak mempromosikan lagi produk beliau.

Nama Roslan bin Rawi
Umur : 50 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Roslan bin Rawi merupakan seorang kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Selain itu juga, beliau merupakan bapa kepada beberapa orang anak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau tidak terdedah dengan kemudahan ICT secara kerap kerana latarbelakang pekerjaan beliau tidak melibatkan ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sejak dari Januari 2017, beliau telah mengenali dan mempelajari sedikit sebanyak akan kemudahan ICT. Dengan penyediakan silibus pembelajaran melibatkan ICT, beliau telah mengenali dan boleh mengunakan kemudahan ICT secara baik.

 

Butiran

Nama : Puan Arbiainyah binti Bahari

Umur : 62

Tahun menjadi Ahli PI1M : 22 Oktober 2016

Latar belakang

Puan Arbianyah seorang warga emas yang telah menetap di Peket 100, Sungai Besar sejak dari lahir. Beliau seorang jenis yang ingin belajar dan boleh mempelajari ilmu baru.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Puan Arbianyah tidak ada akaun Facebook dan tidak ada yang membantu beliau untuk mengekses / mendaftar akauan Facebook. Puan Arbianyah hanya tertumpu kepada WhatsApp bagi memdapat berita setempat.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kewujudan PI1M Kg Tengah Peket 100 sejak Ogos 2015 telah membuka peluang kepada Puan Arbianyah belajar dan menimba ilmu ICT dengan lebih mudah dibantu oleh Pengurus dan Penolong Pengurus.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M 

-       Mempelajari cara mendaftar akaun Gmail

-       Membuka Akaun Facebook dan cara untuk Install Aplikasi Facebook di Talifon Pintar

-       Cara memuat naik gambar dan mencari rakan-rakan dan mengumpul berita semasa setempat

-       Cara daftar keluar akaun selepas daftar masuk ke Facebook bagi tujuan keselamatan

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

-      PI1M memudahkan Puan Arbianyahmempelajari ilmu ICT

-      Memberi tunjuk ajar yang berterusan

-  Memberi peluang untuk Puan Arbianyah mengekses akaun beliau di Pi1m sambil dipantau oleh   Pengurus/Penolong Pengurus

 

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Sabahnizah binti Abdullah
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Sabahnizah merupakan pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam MDSB sebagai Pembantu AM dan telah berkhidmat selama 12 tahun 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Pn sabahnizah tidak terdedah dengan kemahiran ICT. Tugasan beliau yang lebih tertumpu kepada pekerjaan awam di MDSB tidak melibatkan perkara berkaitan ICT dan sekaligus menyukarkan beliau untuk mendapat pendidakan Asas ICT. Sejak dari bulan 2 2017 Pihak MDSB telah menghantar kakitangan yang berjawatan Pembantu Am belajar pendidikan Asas ICT di seluruh Pusat Internet 1Malaysia sekitar daerah Sabak Bernam. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah membantu dari segi penggunaan Asas ICT. Pn Sabahnizah kini sudah boleh menggunakan komputer secara asas. Beliau telah mempelajari cara menaip dan menulis menggunakan Microsoft Word 2010, Membuat bajet bulanan mengunakan Microsoft Excel 2010 dan lain-lain lagi.

Sila Klik --> Video Kisah Kejayaan Pn Sabahnizah

Butiran

Nama: Muhammad Iqbal Bin Isa

Umur: 18

Pendidikan: Kelas Pendidikan Khas

(OKU Sindrom Down)

Sebelum ini, adik Muhammad Iqbal tidak mendapat pendidikan menggunakan Komputer/internet dengan betul. Setelah wujudnya PI1M sejak 4 bulan yang lalu, beliau banyak mencapai kemajuan kerana sikap beliau sendiri yang rajin untuk belajar. Sebagai seorang OKU, memang sukar untuk dirinya mempelajari sesuatu yang baru. 

  

Hasil pembelajaran yang berterusan, beliau mampu untuk berinteraksi menggunakan facebook dan juga aplikasi whatsapp. Meskipun beliau tidak mampu bertutur dan menulis dengan sempurna, sekurang-kurangnya beliau boleh berhubung menggunakan suara. Beliau juga mampu menggunakan paint untuk melukis objek dan juga membuka youtube untuk balajar sesuatu yang baru.