PENGUMPUL KOLEKSI DUIT LAMA

Nama Mohamad Aiman Iskandar bin Mohd Daud
Umur : 16 tahun
Ahli 2016

Latar belakang

Aiman Iskandar merupakan pelajar di Sekolah Men Kebangsaan Agama Tun Raha (SMKA Tun Raha) di Simpang Lima, Selangor. Beliau berusia 16 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, beliau tidak tahu bagaimana untuk menjual beberapa wang syiling dan kertas lama. Beliau sebelum ini hanya mengumpul sehinggalah beliau bertanya kepada petugas PIM bagaimana cara untuk menjual barangan yang dimiliki.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah mempelawa beliau untuk memasarkan produk beliau di My Shop. Selain itu juga, pihak Pusat Internet telah mengajar beliau untuk menjual di facebook. Beliau banyak menyertai kelas sebelum ini dan untuk kelas keusahawanan ini, beliau akan mengikuti bila ada masa yang terluang.

Kini, beliau aktif menggunakan medium media sosial untuk menjual beberapa wang lama dan barang lama meskipun pekerjaan yang beliau lakukan ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang sahaja.