BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Sabahnizah binti Abdullah
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Pn Sabahnizah merupakan pekerja Majlis Daerah Sabak Bernam MDSB sebagai Pembantu AM dan telah berkhidmat selama 12 tahun 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini Pn sabahnizah tidak terdedah dengan kemahiran ICT. Tugasan beliau yang lebih tertumpu kepada pekerjaan awam di MDSB tidak melibatkan perkara berkaitan ICT dan sekaligus menyukarkan beliau untuk mendapat pendidakan Asas ICT. Sejak dari bulan 2 2017 Pihak MDSB telah menghantar kakitangan yang berjawatan Pembantu Am belajar pendidikan Asas ICT di seluruh Pusat Internet 1Malaysia sekitar daerah Sabak Bernam. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah membantu dari segi penggunaan Asas ICT. Pn Sabahnizah kini sudah boleh menggunakan komputer secara asas. Beliau telah mempelajari cara menaip dan menulis menggunakan Microsoft Word 2010, Membuat bajet bulanan mengunakan Microsoft Excel 2010 dan lain-lain lagi.

Sila Klik --> Video Kisah Kejayaan Pn Sabahnizah