Butiran
Nama: Muhammad Iqbal Bin Isa
Umur: 18
Pendidikan: Kelas Pendidikan Khas
(OKU Sindrom Down)
Sebelum ini, adik Muhammad Iqbal tidak mendapat pendidikan menggunakan Komputer/internet dengan betul. Setelah wujudnya PI1M sejak 4 bulan yang lalu, beliau banyak mencapai kemajuan kerana sikap beliau sendiri yang rajin untuk belajar. Sebagai seorang OKU, memang sukar untuk dirinya mempelajari sesuatu yang baru.
Hasil pembelajaran yang berterusan, beliau mampu untuk berinteraksi menggunakan facebook dan juga aplikasi whatsapp. Meskipun beliau tidak mampu bertutur dan menulis dengan sempurna, sekurang-kurangnya beliau boleh berhubung menggunakan suara. Beliau juga mampu menggunakan paint untuk melukis objek dan juga membuka youtube untuk balajar sesuatu yang baru.