PENIAGAAN TERNAKAN KAMBING DAN PERKHIDMATAN AQIQAH

Nama Muhd Shafiq bin Abdul Samad
Umur : 26 tahun
Ahli 2018

Latar belakang

En. Shafiq merupakan seorang belia yang melakukan perniagaan ternakan kambing dan menyediakan perkhidmatan untuk aqiqah dan ibadah qurban. Selain itu juga, beliau turut menyediakan makanan kambing bakar untuk pelbagai majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, beliau menggunakan platform seperti whatapp dan facebook untuk memasarkan perniagaan yang beliau lakukan. Meskipun begitu, sambutan dari orang ramai agak kurang menggalakkan. Pada hujung tahun 2017, beliau telah dijemput oleh Pusat Internet Kg Tengah peket 100 untuk menyertai kelas asas media sosial. Dari situ, beliau telah hadir beberapa kali untuk belajar bagaimana cara memasarkan produk menggunakan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas terlibat dengan Pusat Internet Kg Tengah Peket 100, terdapat peningkatan dari segi jualan yang beliau usahakan. Beliau juga memasarkan perniagaan beliau di dashboard komuniti.