BELAJAR MEMBUAT SURAT RASMI KERAJAAN

Nama : Siti Aminah Binti Katiran
Umur : 47 tahun
Ahli 2020

Latar Belakang

Puan Aminah Binti Katiran merupakan komuniti setempat sejak tahun 2020 yang telah menjadikan PEDi sebagai tempat rujukan ilmu terutama sekali berkaitan pembelajaran ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini jika memerlukan surat permohonan, beliau akan menulis tangan. Tetapi sejak kebelakangan ini banyak perubahan yang dibuat seperti surat bantuan yang perlu diisi atas talian dan surat yang perlu di taip menjadikan beliau sukar menyesuaikan diri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas PEDi menjadi sumber rujukan dan Petugas telah memudahkan cara pembelajaran beliau. Setiap kali beliau ke PEDi dan membuat pelbagai surat, beliau telah menjadi semakin mahir menggunakan komputer disamping mempelajari pelbagai akses lain berkaitan ICT.