PENJUAL BANQUET BUNGA COKLAT BAJET

Nama Anita bt Misron
Umur : 43 tahun
Ahli 2017

Latar belakang

Anita bt Misron merupakan tenaga pengajar PDK Seri Panglima. Beliau dan pelajar-pelajar PDK Seri Panglima sering ke Pusat Internet bagi tujuan mempelajari ICT

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau tidak berpeluang mempelajari asas ICT yang sempurna dan selain itu memasarkan produk beliau hanyalah kepada rakan dan kenalan yang terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan latihan ICT berterusan antara Pusat Internet dan PDK Seri Panglima, banyak ilmu ICT telah dipelajari beliau. Antaranya adalah E-Rezeki dan MYSHOP. Dengan adanya platform atas talian tersebut, beliau kini lebih mudah memasarkan produk beliau disamping dibantu oleh tenaga pengajar Pusat Internet.