Nama Mohd Nor Azam Bin Mashor
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Mohd Nor Azam merupakan seorang pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Seri Panglima). Beliau menghadapi masalah pembelajaran dan komunikasi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Azam merupakan seorang pelatih di PDK Seri Panglima. Beliau agak lemah dalam pelajaran dan langsung tidak tahu menggunakan komputer. Sejak Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 beroperasi, beliau bersama pelatih PDK yang lain telah hadir untuk menyertai pelbagai kelas yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pihak Pusat Internet Kg Tengahpeket 100 telah mengambil satu inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan pihak PDK Seri Panglima dengan melaksanakan kelas dan aktiviti secara berkala. Selain itu juga. Bagi Nor Azam, beliau telah mengambil inisiatif sendiri dengan datang ke Pusat Internet untuk belajar secara sendiri jika ada masa trlunag selain menyertai kelas yang dijalankan bersama PDK. Dengan kelas dan aktiviti yang beliau sertai, kini beliau sudah mampu menggunakan komputer dan IT seperti menggunakan Microsoft word, melayari youtube dan melayari internet.