PENJUAL kEREPEK PERIA CRISPY

Nama Norazrida binti Mohd Yusuf
Umur : 40 tahun
Ahli 2015

Latar belakang

Puan Azrida adalah individu yang tidak terdedah kepada penggunaan ICT sebelum ini. Setelah Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 beroperasi, PDK Seri Panglima dan Pusat Internet telah menjalankan pelbagai aktiviti ICT bersama Komuniti di Peket 100.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Puan Azrida tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Simpang Lima

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Puan Azrida  untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial.