Tarikh : 3 Ogos 2018
Masa 10.00 Pagi - 12.00 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 3 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Asas Erezeki bersama warga wanita Peket 100

Aktiviti 

Kelas memfokuskan kepada pembelajaran atas talian mengunakan media sosial iaitu Facebook sebagai Platform pemasaran produk. Pelajar diajar cara mengisi butiran yang terdapat didalam halaman utama Facebook. Selain itu juga pelajar didedahkan dengan pengunaan MarketPlace yang ada didalam Facebook. MarketPlace merupakan platform ruangan menjual produk/servis yang mudah untuk diakses.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Julai 2018
Masa 10.00 Pagi - 12.00 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 3 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Dashboard Komuniti bersama warga wanita Peket 100

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan pengajar memperkenalkan aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun di Google Store, ataupun melayari laman sesawang Dashboard Komuniti. Pengajar juga mempromosikan pertandingan Dashboard Komuniti yang sedang berjalan. Peserta menjawab soalan kuiz yang di sediakan

Gambar Disini

Tarikh : 3 Julai 2018
Masa 10.00 Pagi - 11.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta 3 orang
Tujuan 

Menjalankan Kelas Pembelajaran ICT iaitu Cara Mengisi KWSP dan PERKESO secara Online, Pengisian Secara Online bagi memudahkan Pekerja mengisi data dan membayar secara Online.

Aktiviti 

Pembelajaran dimulakan dengan peserta diajar melayari Website rasmi KWSP dan Perkeso dan aturcara mengisi butiran pekerja. seterusnya kakitangan PDK Seri Panglima diajar cara membuat pembayaran KWSP dan PERKESO pekerja secara Online.

Gambar Disini

Tarikh : 12 Julai 2018
Masa 9.30 Pagi - 12.30 Petang
Lokasi Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam
Peserta 200 orang
Tujuan 

Pusat Internet Daerah Sabak Bernam dijumput bagi memenuhi keperluan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam dalam memberi pendedahan ICT kepada komuniti yang berkunjung ke Program yang dianjurkan

Aktiviti 

Program melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam lebih tertumpu kepada pendedahan dan pengetahuan awal mengenai Advokasi ICT. Advokasi ICT melibatkan cara dan pengunaan media sosial dan etika sepanjang melayari laman sesawang. Selain itu Pengajar Pusat Internet membantu dalam ibu bapa mengawal dan memantau aktiviti anak anak mereka agar lebih berwaspada sepanjang melayari laman sosial dan tidak terjebak dalam aktiviti moral yang akan merosakkan pemikiran mereka.

Gambar Disini

Tarikh : 19 Mei 2018
Masa 10.00 Pagi - 4.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 10 orang
Tujuan 

Mengadakan latihan asas kursus Erezeki bersama komuniti setempat bagi tujuan menambah pendapatan atas talian

Aktiviti 

Latihan di mulakan dengan mengenalkan kepada peserta tujuaan dan matlamat MDEC. Peserta diajar cara mengunakan email dan mendaftar di website Erezeki. Selain itu peserta di ajar mengenali platform seperti 8coin dan Moocash bagi tujuaan pembelajaran

Gambar Disini