Tarikh : 22 September 2018
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 7orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Taklimat Mobile E-Waste kepada kanak-kanak komuniti setempat bagi tujuan mendedahkan kepentingan menjaga alam sekitar dan tidak membuang barang elektronik sesuka hati.

Aktiviti 

Taklimat dijalankan dengan tayangan video klip Mobile E-Waste di Youtube. Disamping itu terdapat kotak E-Waste yang telah disediakan bagi tujuan pengumpulan barang-barang elektronik yang terpakai.

Gambar Disini

Tarikh : 19 September 2018
Masa : 10.00 Pagi - 5.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 55 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Hari Terbuka Bersama Komuniti. Hari Terbuka Bersama Komuniti diadakan bertujuan merapatkan lagi Pusat Internet kepada Komuniti disamping mempromosikan lagi kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. 

Aktiviti 

Hari Terbuka Bersama Komuniti dimulakan pada jam 10.00 pagi, aktivti yang telah dijalankan adalah Mewarna bersama PDK Seri Panglima dan Tabika Kemas An Nur. Disamping itu aktiviti kesihan,iaitu pemeriksaan Kospen telah dijalankan melibatkan kaum ibu bapa pelajar-pelajar. Pada sebelah petang, taklimat Dashboard Komuniti telah dijalankan disamping Kuiz Dashboard Komuniti. Majlis Hari Terbuka Bersama Komuniti telah dirasmikan oleh Encik Muhd Syafiq bin Abdul Samad, iaitu Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam. 

Gambar Disini

Tarikh : 4 September 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 14 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Klik dengan Bijak bersama Pelajar-Pelajar Tabika KEMAS AN NUR Simpang Lima.

Aktiviti 

Klik dengan Bijak adalah cara untuk mendidik pelajar-pelajar agar lebih beretika dan lebih berhati-hati ketika berada di Media Sosial. Tayangan berbentuk YOUTUBE mampu memberikan pengajaran yang effektif kepada pelajar-pelajar tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 10 September 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 2 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Online Marketing berkaitan penjualan produk minyak wangi bersama kaum wanita komuniti setempat.

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan pencarian produk minyak wangi yang ada di pencarian Google dan melihat cara pembuatan minyak wangi tersebut. Selain itu mereka diajar untuk melihat produk-produk lain yang telah dipasarkan di LAZADA dan SHOPEE sebagai mengetahui kaedah jualan atas talian.

Gambar Disini

Tarikh : 4 September 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Petang
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 2 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan pengenalan Dashboard Komuniti iaitu MYSHOP kepada Puan Hafizah.

Aktiviti 

Pengenalan Dashboard Komuniti iaitu MYSHOP adalah satu kaedah pemasaran produk yang diberikan oleh pihak Pusat Internet kepada penduduk komuniti secara percuma. Puan Hafizah telah diajar cara untuk memuat naik produk beliau iaitu produk seperti bantal kedalam MYSHOP.

Gambar Disini