Tarikh : 23 Oktober 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 23 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah mengadakan kelas ICT bersama pelajar-pelajar PDK Seri Panglima bagi tujuan mengenal dengan lebih mendalam mengenai perkakasan komputer dan cara melayari Internet.

Aktiviti 

Pelajar-pelajar di ajar untuk melayari laman web kuiz dan pembelajaran ABC. Pelajar-pelajar PDK dapat mengenali abjad dan huruf dengan lebih mudah serta menyeronokkan. mereka turut dibantu tenaga pengajar PDK Seri Panglima

Gambar Disini

Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi Sekolah Kebangsaan Sungai Leman
Peserta : 40 orang
Tujuan 

Kluster Sabak Bernam telah mengadakan program Advokasi di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman bagi tujuan memberi pendedahan akan kepentingan menjaga etika dan mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan online serta menjadi mangsa Online Grooming

Aktiviti 

Program diadakan dengan tayangan Slide powerpoint yang mendedahkan kepada pelajar akan kepentingan menjaga etika ketika di media sosial. Selain itu kuiz advokasi turut dijalankan bagi melatih dan mengetahui kadar kesedaran pelajar-pelajar akan kepentingan berwaspada di media sosial

Gambar Disini

Tarikh : 5 Oktober 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 12 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan kelas pembelajaran Online melalui Laman Web Youtube. Kelas tertumpu kepada pelajar-pelajar mengenali bunyi-bunyi kenderaan.

Aktiviti 

Kelas diadakan dengan pengajar mengenalkan setiap bunyi kenderaan yang ada. disamping itu pelajar diajar untuk berhati-hati dijalan raya.

Gambar Disini

Tarikh : 8 Oktober 2018
Masa : 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 3 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan kelas mengenali laman web perbankan serta mengajar cara bagi mengelak ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..

Aktiviti 

Kelas diadakan dengan pengajar mengenalkan setiap laman web perbankan yang ada di Malaysia. selain itu pelajar diajar untuk mengenalpasti laman web yang sahih yang disediakan oleh setiap laman web perbankan. pelajar juga diajar cara memuat turun aplikasi perbankan bagi memudahkan pembayaran atau sebarang transaksi dibuat melalui Telifon Pintar. Pelajar juga diajar untuk berwaspada jika menerima sebarang pangilan yang tidak dikenali dan segera melaporkan ke bank masing masing jika terdapat kecurigaan yang berlaku terhadap akaun bank mereka.

Gambar Disini

Tarikh : 22 September 2018
Masa : 9.00 Pagi - 10.00Pagi
Lokasi Pusat Internet Kg Tengah Peket 100
Peserta : 55 orang
Tujuan 

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Pertandingan Menaip Terpantas mengunakan perisian atas talian. Peserta terdiri daripada kanak-kanak komuniti setempat. Pertandingan diadakan untuk memberi pendedahan pengunakan keyboard secara effektif disamping memberi hadiah kepada peserta yang menaip dengan peratusan tertinggi.

Aktiviti 

Pertandingan diadakan selama 3 minit dimana setiap peserta akan diberikan text berbahasa English dan diminta untuk menaip sepantas mungkin. Pertandingan ini mendidik mereka untuk lebih mahir dalam mengunakan keyboard dan mencari perisian atas talian yang mampu membantu mereka menaip dengan lebih baik kelak.

Gambar Disini