Tarikh | : 14 Ogos 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Dashboard Komuniti bersama Kaum wanita Kg Tengah Peket 100 |
Aktiviti |
Kelas memfokuskan kepada pengunaan MYSHOP yang terdapat didalam Dashboard Komuniti. Di dalam MYSHOP peserta diajar cara untuk memuatnaik produk/servis yang ingin di pasarkan di atas talian. Dengan adanya MYSHOP peserta mampu mempromosikan lagi produk/servis mereka. |
Tarikh | : 3 Ogos 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Asas Erezeki bersama warga wanita Peket 100 |
Aktiviti |
Kelas memfokuskan kepada pembelajaran atas talian mengunakan media sosial iaitu Facebook sebagai Platform pemasaran produk. Pelajar diajar cara mengisi butiran yang terdapat didalam halaman utama Facebook. Selain itu juga pelajar didedahkan dengan pengunaan MarketPlace yang ada didalam Facebook. MarketPlace merupakan platform ruangan menjual produk/servis yang mudah untuk diakses. |
Tarikh | : 12 Julai 2018 |
Masa | : 9.30 Pagi - 12.30 Petang |
Lokasi | : Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam |
Peserta | : 200 orang |
Tujuan |
Pusat Internet Daerah Sabak Bernam dijumput bagi memenuhi keperluan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam dalam memberi pendedahan ICT kepada komuniti yang berkunjung ke Program yang dianjurkan |
Aktiviti |
Program melibatkan Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam lebih tertumpu kepada pendedahan dan pengetahuan awal mengenai Advokasi ICT. Advokasi ICT melibatkan cara dan pengunaan media sosial dan etika sepanjang melayari laman sesawang. Selain itu Pengajar Pusat Internet membantu dalam ibu bapa mengawal dan memantau aktiviti anak anak mereka agar lebih berwaspada sepanjang melayari laman sosial dan tidak terjebak dalam aktiviti moral yang akan merosakkan pemikiran mereka. |
Tarikh | : 20 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan |
Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 mengadakan Kelas Dashboard Komuniti bersama warga wanita Peket 100 |
Aktiviti |
Kelas dimulakan dengan pengajar memperkenalkan aplikasi Dashboard yang boleh dimuat turun di Google Store, ataupun melayari laman sesawang Dashboard Komuniti. Pengajar juga mempromosikan pertandingan Dashboard Komuniti yang sedang berjalan. Peserta menjawab soalan kuiz yang di sediakan |
Tarikh | : 3 Julai 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.30 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan |
Menjalankan Kelas Pembelajaran ICT iaitu Cara Mengisi KWSP dan PERKESO secara Online, Pengisian Secara Online bagi memudahkan Pekerja mengisi data dan membayar secara Online. |
Aktiviti |
Pembelajaran dimulakan dengan peserta diajar melayari Website rasmi KWSP dan Perkeso dan aturcara mengisi butiran pekerja. seterusnya kakitangan PDK Seri Panglima diajar cara membuat pembayaran KWSP dan PERKESO pekerja secara Online. |