Bagi warga net yang tertanya-tanya tentang adakah aktiviti memancing dibenarkan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020?
Berikut adalah jawapannya :
1. Aktiviti memancing di kolam pancing atau di laut adalah TIDAK DIBENARKAN selaras dengan PKP yang telah berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, DOF sedang menyediakan SOP Khas untuk membolehkan aktiviti ini dilaksanakan dengan selamat dan meminimakan risiko kesihatan pemancing-pemancing rekreasi.
2. Aktiviti memancing di tepi pantai/tebing sungai/kuala/tasik yang tidak memerlukan penggunaan bot/sampan adalah DIBENARKAN dengan mematuhi syarat-syarat berikut :
✔️ Mematuhi SOP yang ditetapkan KKM
✔️ Jarak dari rumah tidak lebih 10 km radius
✔️ Jaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak pergi secara berkumpulan
✔️ Tempoh masa dari jam 7 pagi - 6 petang
Mahu tidak mahu, kita tidak boleh mengulangi semula proses PKP. Jaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan serta mengamalkan kebersihan pada tahap tertinggi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah kita lakukan sebelum ini bersama.
Kita mesti menang!
Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi BILIK GERAKAN PEMANTAUAN KRISIS COVID-19 di talian Hotline 03-8870 1307/ 1663/ 1664 atau emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
#mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #moa #makanankitamasadepankita #staysafe #fightcovid19 #kitajagakita
#StayAtHome#StaySafe#Covid-19