Pusat Internet 1 Malaysia Peke 100 ingin menjemput komuniti setempat untuk Menyertai Pertandingan Foto & Video Pendek 2018 #SayangMalaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK).Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:
No.
Tajuk Subtema
Tarikh Pertandingan
1
#MyCuisine
Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018);
2
#MyDestination
Mac hingga April
3
#MyCulture
Mei hingga Jun
4
#MyShopping
Julai hingga Ogos
5
#MyHeritage
September hingga Oktober
6
#MyFamilyFun
November hingga Disember
Bersama-sama ini kami lampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.
Sehubungan dengan Peraduan Digital Creative Content Creation Competition 2017 anjuran MCMC, Pusat Internet 1Malaysia Peket 100 ingin menjemput komuniti setempat bagi menyertai peraduan tersebut.
Berikut maklumat terperinci beserta poster dan pdf file tentang peraduan tersebut.
Pihak Fakulti Multimedia Creative, Multimedia University (MMU) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) menganjurkan Digital Creative Content Creation Competition 2017.
Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.
Kategori pertandingan :
1. Photography (Fotografi)
2. Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)
3. New Media (Media Baru)
4. Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)
Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/
Tarikh Tutup : 31 October 2017.
Sila Muat Turun butiran di sini : Butiran Pertandingan