Sedikit video kisah kejayaan A&M Global Maju Sdn Bhd iaitu Encik Noorazli Yusoff. Encik Noorazli merupakan pengguna tetap di Pusat Internet 1Malaysia Peket 100 dan dengan bantuan dari Pengurus Pi1m telah membantu beliau dalam banyak perkara seperti pembuatan surat rasmi yang lebih menarik bagi syarikat
Beliau merupakan tenaga pengajar di PDK Seri Panglima, Simpang Lima, Sungai Besar
Kali ini krew Menarik Di Sabak Bernam sempat berkunjung ke Ekspo Mega Raya di Sungai Besar. Pelbagai barangan dan kuih muih raya di jual di sini. Ekspo Mega Raya tidak asing lagi bagi penduduk setempat untuk membeli belah barangan persiapan raya. Jom tonton sebahagian booth yang menjual barangan di sini. Jangan lupa LIKE & SHARE!
Setibanya bulan puasa, semestinya bazaar Ramadhan menjadi tumpuan utama untuk orang ramai berkunjung membeli variasi juadah enak yang dijual para peniaga untuk berbuka puasa. Di kesempatan ini, kami dapat berkunjung ke sebahagian gerai-gerai yang menarik di bazaar Ramadhan pada kali ini. Jom tonton dan jangan lupa LIKE dan SHARE!

Pusat Internet 1 Malaysia Peke 100 ingin menjemput komuniti setempat untuk Menyertai Pertandingan Foto & Video Pendek 2018 #SayangMalaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK).Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.


Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

 

No.

Tajuk Subtema

Tarikh Pertandingan

1

#MyCuisine

Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018);

2

#MyDestination

Mac hingga April

3

#MyCulture

Mei hingga Jun

4

#MyShopping

Julai hingga Ogos

5

#MyHeritage

September hingga Oktober

6

#MyFamilyFun

November hingga Disember

Bersama-sama ini kami lampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.