BELAJAR MENGENAL PERKAKASAN KOMPUTER DAN MENGUNAKAN INTERNET

Nama : Nur Auni Batrisya Bt Saidatul Akmal
Umur : 8 tahun
Ahli 2017

Latar belakang

Nur Auni Batrisya merupakan pelajar SK Simpang Lima yang telah lama belajar ICT di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, beliau tidak mengenali apa-apa berkaitan ICT. Beliau lebih menumpukan minat dalam melihat video di Youtube dan tidak mahir dalam mengunakan aplikasi yang ada di dalam komputer. Beliau juga tidak mahir dalam menggunakan keyboard dan mouse.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Petugas Pusat Internet telah membantu beliau menambah kemahiran didalam ICT terutama sekali kemahiran menggunakan mouse dan keyboard. Petugas Pusat Internet menarik minat beliau belajar ICT dengan mengunakan permainan interaktif yang ada. Kini beliau telah mahir menggunakan peralatan komputer.