MENJUAL PELBAGAI MAKANAN FROZEN IAITU DIMSUM

Nama Naseha binti Sayed
Umur : 32 tahun
Ahli 2016

Latar belakang

Puan Naseha adalah individu yang tidak terdedah kepada penggunaan ICT sebelum ini. Setelah Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 beroperasi, Puan Naseha sering berkunjung ke Pusat Internet dan telah menjalankan pelbagai aktiviti ICT bersama Komuniti di Peket 100.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Sebelum ini, Puan Naseha tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Simpang Lima

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Puan Naseha untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial.