MENJUAL CHOCRICE DI SEKITAR PUSAT INTERNET

Nama Mohammad Affandi bin Saimun
Umur : 29 tahun
Ahli 2018

Latar belakang

Encik Affandi adalah individu yang tidak terdedah kepada penggunaan ICT sebelum ini.Beliau merupakan individu OKU yang mengalami masalah pertuturan. Beliau banyak menyertai aktiviti ICT di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Encik Affandi tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Simpang Lima

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Encik Affandi untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial.