Keusahawanan yang terdapat di sekitar komuniti Peket 100 terdiri daripada:

1. Keusahawanan Pasar Tani:

Jualan ikan segar dan sayur sayuran yang diusahakan di sekitar penduduk kampung di jual pada setiap hari di sekitar sungai haji dorani, pengunjung terdiri daripada penduduk setempat dan pengunjung yang singgah untuk membeli kemudahan barangan keperluan.

 

2. Keusahawanan kesihatan tradisional:

Penduduk disekitar Peket 100 menjalankan perusahaan membuat makanan kesihatan tradisional  disamping juga terdapat tukang urut bagi lelaki dan wanita.

 

3. Keusahawanan Tukang Rumah:

 Terdapat beberapa tukang rumah yang melibatkan diri dan berkebolehan untuk membuat pembinaan rumah bagi kemudahan orang ramai.

 

4. Keusahawanan Jentera:

Penduduk juga terlibat dalam menghasilkan jentera bagi proses menuai padi. Kemudahan ini mampu memudahkan para petani menuai hasil tanaman dengan lebih teratur dan tersusun