MENJUAL MOUTHGASM CRUNCHY (BABYCRUNCH)

Nama Nur Aishah Naziha bt Idros Saidi
Umur : 27 tahun
Ahli 2016

Latar Belakang

Puan Naziha merupakan petugas PI yang telah lama berkhidmat dengan PI. Beliau menjalankan pelbagai perniagaan sama ada melalui “online” serta jualan langsung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Puan Naziha tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Peket 100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Puan Naziha untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP, platform E-Dagang dan juga platform media sosial bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial.