MENJUAL CENDOL SAGU RUMBIA

Nama Nur Hafilah bt Mohd Isa
Umur : 36 tahun
Ahli 2015

Latar Belakang

Puan Nur Hafilah adalah individu yang tidak terdedah kepada penggunaan ICT sebelum ini. Beliau banyak menyertai aktiviti ICT di Pusat Internet Kg Tengah Peket 100.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, Puan Nur Hafilah tidak pandai menggunakan Internet sebagai platform ICT bagi mencari pelbagai maklumat dan informasi. Beliau juga jarang melibatkan diri di Media Sosial dan menjual produk jualan atas talian. Produk jualan beliau hanya tertumpu kepada rakan-rakan dan kenalan sekitar Peket 100.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet Kg Tengah Peket 100 telah memberi peluang kepada Puan Nur Hafilah untuk mempelajari perkara baru seperti mengunakan kaedah Online Shopping seperti MYSHOP dan juga platform media sosial bagi tujuan meluaskan lagi produk beliau. Beliau telah mampu mengunakan perkakasan komputer dan melayari media sosial.